Friday, May 5, 2017

PENGERTIAN DAN KONSEP TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGERTIAN TEKNOLOGI

Teknologi merujuk kepada pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.A Perkataan teknologi ini berasal daripada perkataan Greek  iaitu teknología. Téchnē bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan logía bermaksud "pembelajaran, kajian".  Menurut Heinich, Molenda dan Russel (1999) teknologi merangkumi idea dan proses bukan sekadar alatan atau mesin. Kast dan Rosenzing (1963) teknologi merupakan penggunaan ilmu pengetahuan secara saintifik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) teknologi merupakan  aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktikal dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan teknologi bermaksud penggunaan idea atau pengetahuan yang diilhamkan dalam bentuk penciptaan alatan atau mesin.

DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Apakah ciri-ciri Pengajaran?

  • ·         guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
  • ·         hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
  • ·         melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
  • ·         melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
  • ·         ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
  • ·   boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
  • ·         meliputi rancangan mengajar (KOPI),
  • ·         proses yang melibatkan interaksi dua hala,
  • ·         ada unsur sains dan seni.

Apa dia pembelajaran?

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Ciri-ciri pembelajaran :

  1. ·         Satu proses yang berterusan,
  2. ·         Secara formal dan tak formal,
  3. ·         Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,
  4. ·         Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
  5. ·         Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
  6. ·         Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.
KONSEP TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum sekolah menengah, iaitu memperkasakan kebolehan pelajar menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Menurut Derek Rowntre (1974). Teknologi pendidikan merupakan pendekatan sistematik yang amat sesuai dan boleh diterima bagi proses penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran.
Yusup Hashim(2007), menyatakan bahawa teknologi pendidikan merujuk kepada proses  merancang, membina, membentuk, melaksana dan menilai aktiviti- aktiviti pembelajaran secara saintifik dengan tujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi pendidikan adalah proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai, dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah  dalam keadaaan di mana proses pembelajaran itu dalam keadaan terkawal.

Secara ringkasnya,  teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berkesan.